KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya menuju ke Lembah Klang lancar setakat pagi ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, keadaan dijangka mula sesak menjelang tengah hari hingga ke malam ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas tamat cuti persekolahan dan cuti umum berganda.