BEREGU lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani melakar kejutan besar apabila berjaya melangkah ke perlawanan akhir kejohanan badminton Terbuka Indonesia pada Sabtu.
Pasangan yang menduduki ranking kelapan dunia itu mempamerkan aksi cukup bertenaga untuk menewaskan beregu nombor satu dunia yang juga juara bertahan, Kim Won-ho - Seo Seung-jae dari Korea Selatan dalam aksi separuh akhir.