SHAH ALAM – Polis sedang mengesan suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian sebuah motosikal di sebuah rumah di Padang Jawa, di sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki berusia awal 30-an yang juga pemilik motosikal berkenaan.