JOHOR BAHRU - [DIKEMAS KINI] Remaja lelaki yang direman bagi membantu siasatan memandu secara melulu dan berbahaya hingga menyebabkan empat sekeluarga maut dalam nahas di Simpang Renggam dekat Kluang, ditahan semula untuk siasatan membunuh.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, remaja berusia 19 tahun itu direman dua hari bermula 2 Jun sebelum disambung sehari pada hari ini mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.