Pelatih pusat latihan kemahiran lemas di Air Terjun Chemerong
Iklan
Enam anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa telah ditemukan lemas oleh orang awam. Foto: Bomba
DUNGUN - Seorang pelatih di sebuah pusat latihan kemahiran di Kuala Terengganu ditemukan lemas ketika mandi bersama lima rakannya di Air Terjun Chemerong, Hulu Dungun, di sini hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), Pegawai Bomba Kanan II Osman Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari dan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.49 tengah hari.
Iklan
Iklan
"Mangsa, Wan Shafuan Irfan Wan Harun, 19, dipercayai secara tiba-tiba terkapai-kapai di dalam air dan rakan-rakannya cuba membantu menyelamatkannya.
"Usaha menyelamatkan mangsa gagal dan rakan-rakannya kemudian meminta bantuan pengunjung yang berada di kawasan itu sebelum menemukan mayat mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Iklan
Beliau berkata, enam anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa telah ditemukan lemas oleh orang awam dan pasukan bomba kemudian membawa mayat ke darat sebelum menghubungi pasukan perubatan bagi mengesahkan kematian mangsa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Iklan
Beliau berkata, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>