JOHOR BAHRU - Konvensyen Barisan Nasional (BN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 14 Jun ini berkemungkinan akan dilaksanakan lebih awal.
Setiausaha BN Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, ia susulan perkembangan politik semasa di negeri berkenaan, terutamanya selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalam.