JOHOR BAHRU - Rundingan pembahagian kerusi Perikatan Nasional (PN) Johor bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) hampir dimuktamadkan dengan kira-kira 80 peratus kerusi telah selesai.
Pengerusi PN Johor, Datuk Seri Dr Sahruddin Jamal berkata, baki 20 peratus kerusi masih dalam perbincangan, melibatkan kerusi Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) serta cadangan kerjasama melalui electoral pact dengan parti lain termasuk MUDA dan Ikatan Prihatin Rakyat (IPR).