Hajiji harap bayaran interim RM1.5 bilion segera disalur kepada Sabah
Iklan
Hajiji. Foto fail Bernama
KOTA KINABALU - [KEMAS KINI] Kerajaan Sabah berharap bayaran interim sebanyak RM1.5 bilion bagi pemberian khas kepada negeri ini disalurkan secepat mungkin.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan bayaran interim yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu.
Iklan
Iklan
“Sabah berharap dana tersebut dapat disalurkan secepat mungkin demi manfaat rakyat negeri ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Hajiji dalam pada itu mengalu-alukan jaminan Perdana Menteri ketika merasmikan sambutan Pesta Kaamatan bahawa kerajaan Persekutuan akan terus menghormati dan melaksanakan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Iklan
"Ini membuktikan bahawa kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan menunaikan apa yang dijanjikan.
"Kerajaan negeri akan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan semua peruntukan di bawah MA63, khususnya pemberian khas 40 peratus, dapat direalisasikan," katanya.
Iklan
Anwar semasa berucap di Penampang, mengumumkan geran khas interim bagi Sabah dinaikkan kepada RM1.5 bilion berbanding RM600 juta sementara menunggu kaedah pelaksanaan tuntutan 40 peratus hasil negeri ini dimuktamadkan seperti dalam MA63.
Menteri Kewangan itu turut berkata, jumlah berkenaan hanya bersifat interim kerana perbincangan mengenai jumlah sebenar pemberian berdasarkan tuntutan 40 peratus hasil negeri masih perlu dimuktamadkan melalui rundingan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.
Katanya, komitmen berkaitan pembayaran hasil 40 peratus itu telah dibawa ke Jemaah Menteri dan diumumkan secara rasmi di Parlimen, namun cabaran ketika ini lebih tertumpu kepada kaedah pelaksanaannya.
Justeru, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican diamanahkan untuk memperincikan rundingan bersama kerajaan Sabah.
Sebelum ini, tuntutan pembayaran 40 peratus hak Sabah mendapat perhatian hangat oleh pelbagai pihak termasuk pemimpin kerajaan negeri dan parti di Sabah.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>