Kerajaan desak siasatan telus layanan kasar terhadap aktivis GSF 2.0 - Saifuddin

Iklan
Saifuddin

KUALA LUMPUR - Kerajaan Madani kekal tegas dan tidak akan berkompromi dalam soal melindungi keselamatan, kebajikan serta hak rakyat Malaysia di luar negara selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa dan nilai kemanusiaan sejagat.

Justeru, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan mendesak supaya siasatan menyeluruh, bebas dan telus dilaksanakan segera terhadap insiden layanan kasar ke atas rakyat Malaysia serta aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 yang ditahan tentera Israel ketika menyertai misi kemanusiaan ke Gaza, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: GSF 2.0: Razman selesai jalani pembedahan, berisiko naik pesawat

Aktivis GSF 2.0 saksi kekejaman Israel terhadap penduduk Gaza

Iklan

Musa Nuwayri kongsi kisah keberanian Dr Nurliyana jadi sasaran senapang Israel

'Kalau papa tak kembali jangan risau, selepas 10 tahun saya akan pergi ke Gaza' - Anak Kapten Siva

Iklan

Selain itu beliau berkata, kerajaan turut menyeru agar usaha diplomatik diteruskan secara konsisten bagi mengelakkan sebarang peningkatan ketegangan yang boleh menggugat kestabilan dan keselamatan antarabangsa.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita pastinya amat prihatin apabila timbul dakwaan melibatkan layanan fizikal yang kasar, unsur intimidasi serta penafian hak-hak asas terhadap aktivis yang terlibat.

"Saya difahamkan pelbagai pihak termasuk organisasi hak asasi manusia dan wakil perundangan kini sedang mengumpulkan testimoni serta bukti berkaitan insiden tersebut," katanya.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memantau perkembangan perkara itu secara rapat dan memastikan kepentingan serta keselamatan rakyat Malaysia sentiasa diberikan keutamaan.

Seramai 28 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 ke Gaza dan ditahan tentera Israel telah selamat tiba di tanah air pada Isnin lepas.

Bagaimanapun, seorang lagi aktivis, Razman Mat Ali dilaporkan masih berada di Istanbul, Turkiye bagi menerima rawatan selepas mengalami traumatic pneumothorax atau paru-paru bocor akibat ditumbuk tentera Israel dalam insiden berkenaan. - Bernama