13 maut, 3 cedera dalam kemalangan jalan raya di tengah China

Iklan
Sebuah van penumpang yang membawa muatan berlebihan melanggar belakang trak separa treler di lebuh raya di wilayah Henan, China dalam kejadian awal pagi Khamis - Foto: Xinhua

ZHENGZHOU - Seramai 13 orang maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah van penumpang yang membawa muatan berlebihan melanggar bahagian belakang sebuah trak separa treler di lebuh raya di wilayah Henan, tengah China, awal pagi Khamis, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Kemalangan itu berlaku kira-kira 2.40 pagi Khamis di satu seksyen lebuh raya di bandar Nanyang. Van penumpang sembilan tempat duduk itu membawa 16 orang ketika kejadian.

Iklan
Iklan

Kementerian Keselamatan Awam China telah menghantar satu pasukan kerja ke Nanyang bagi membimbing siasatan serta usaha tindak balas terhadap insiden itu. - Bernama

 

Iklan

 

 

Iklan