Enam bayi baru lahir dilaporkan meninggal dunia di hospital Bangladesh

Iklan
Enam bayi baru lahir dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Dhaka, Bangladesh. Gambar hiasan

DHAKA - Enam bayi baru lahir dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di ibu negara Bangladesh, Dhaka, pada awal pagi Rabu, lapor Xinhua.

Punca sebenar kematian kesemua bayi berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Iklan
Iklan

Pegawai kanan Polis Metropolitan Dhaka (DMP), Sheikh Zahidul Islam memberitahu wartawan pada Rabu:"Kami datang ke hospital ini selepas menerima laporan mengenai kematian luar biasa membabitkan enam kanak-kanak di wad neonatal."

Beliau berkata, kesemua bayi terbabit berusia antara satu hingga dua hari.

Iklan

Menurut laporan media tempatan, keadaan sejuk melampau yang berpunca daripada sistem penyaman udara di unit neonatal Hospital Kolej Perubatan Ad-Din di Dhaka berkemungkinan menjadi punca kepada kematian bayi-bayi berkenaan.

Pegawai DMP itu berkata, anggota polis telah dihantar ke hospital terbabit dengan kadar segera bagi mengenal pasti punca sebenar kematian. - Bernama-Xinhua

Iklan