Rakyat Malaysia maut dalam insiden bangunan runtuh di Filipina

Iklan
Kementerian Luar mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden runtuhan bangunan di Angeles, Filipina, pada 24 Mei lalu, telah meninggal dunia, sementara seorang lagi terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Foto Reuters

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia yang terjejas dalam insiden runtuhan bangunan di Angeles, Filipina pada 24 Mei 2026, telah meninggal dunia.

Kementerian dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa waris terdekat mangsa telah dimaklumkan, manakala Kedutaan Besar Malaysia di Manila sedang menyalurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada keluarga mangsa, termasuk membantu dalam urusan pengendalian jenazah.

Iklan
Iklan

"Kementerian ini merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas berita duka ini," menurut kenyataan itu.

Dua rakyat Malaysia terlibat dalam insiden berkenaan.

Iklan

Seorang lagi rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian itu disahkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

Kedutaan Besar Malaysia di Manila turut memberikan bantuan konsular yang diperlukan kepada individu berkenaan.

Iklan

Kementerian yang turut dikenali sebagai Wisma Putra menzahirkan penghargaan kepada pihak berkuasa di Filipina atas bantuan serta kerjasama yang diberikan dalam perkara itu.

Wisma Putra juga komited untuk terus memelihara kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia di luar negara. - Bernama