PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju untuk mengembalikan perkhidmatan urus niaga Tukar Hak Milik (THM) kenderaan secara dalam talian serta-merta dan sebarang penangguhan sistem untuk penambahbaikan, akan dilaksanakan semasa cuti panjang hujung minggu ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, keputusan itu dicapai hasil perbincangan bersama Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, susulan laporan media berhubung penangguhan perkhidmatan itu malam tadi.