Mayat lelaki ditemui terapung dalam sungai

Iklan
Polis mengangkat mayat lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Kampung Lebak Seberang pada malam Ahad. Foto Polis Temerloh

TEMERLOH - Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Kampung Lebak Seberang di sini pada malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 9.13 malam sebelum anggota dikerahkan ke lokasi.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati mayat dipercayai seorang lelaki dewasa ditemukan terapung di sungai berkenaan.

“Tiada unsur jenayah dikesan pada peringkat awal siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Beliau memberitahu, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Temerloh untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti identiti serta punca kematian.

 

Iklan