21 AJK, pimpinan wanita PKR Cabang Shah Alam umum keluar parti

Iklan
Keputusan itu dibuat ekoran hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR dan ketua cabangnya, Najwan Halimi. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Seramai 21 ahli jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Shah Alam bersama sebahagian besar pimpinan termasuk wanita mengumumkan peletakan jawatan dan pengunduran daripada parti berkuat kuasa serta-merta.

AJK PKR Cabang Shah Alam dalam satu kenyataan mendakwa, keputusan itu dibuat ekoran hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti dan ketua cabangnya, Najwan Halimi.

Iklan
Iklan

"Di peringkat cabang pula, kami turut kecewa dengan kepimpinan Najwan yang dilihat gagal mengamalkan prinsip konsultasi dan kebersamaan dalam membuat keputusan," katanya pada Isnin.

AJK PKR Cabang Shah Alam menambah, pihaknya yang dipilih melalui pemilihan parti tidak dirunding atau dilibatkan dalam beberapa keputusan penting termasuk pelantikan politik dan urusan organisasi cabang.

Iklan

Malah, dakwanya, beberapa keputusan dibuat tanpa perbincangan rasmi bersama AJK yang dipilih walaupun proses konsultasi dan penghormatan terhadap mandat kepimpinan diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

“Kami percaya sesebuah parti politik mesti mengamalkan nilai reformasi dan demokrasi yang dilaungkan kepada rakyat.

Iklan

"Malangnya, kami tidak lagi melihat prinsip-prinsip tersebut diamalkan secara konsisten dalam PKR pada hari ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, kumpulan itu menegaskan bahawa perjuangan demi rakyat dan negara tetap diteruskan meskipun tidak lagi bersama PKR.

Turut disertakan bersama kenyataan tersebut adalah senarai 21 nama AJK dan kepimpinan wanita PKR cabang berkenaan yang membuat keputusan meninggalkan parti.