DHAKA - Lima orang maut selepas sebuah bas penumpang bertembung dengan sebuah ambulans pada Ahad di daerah Faridpur, lapor Xinhua.
Penguasa polis daerah Faridpur, Md Nazrul Islam berkata, nahas berlaku kira-kira 10.20 pagi di sebuah lebuh raya, kira-kira 101 kilometer dari ibu negara Dhaka.