Kelantan dipilih tuan rumah himpunan pesara guru seluruh negara
Iklan
Sebahagian daripada ahli jawatankuasa yang menghadiri Mesyuarat DwiTahunan Ke-17 5PMCK di Pusat Transformasi Bukit Tiu, Machang pada Sabtu.
MACHANG - Kelantan dipilih sebagai tuan rumah Mesyuarat Agung Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (5PM) Peringkat Kebangsaan yang dijadual berlangsung di Hotel Renai, Kota Bharu pada Oktober depan.
Bekas Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Kelantan (5PMCK), Ab Ghani Mat, berkata pemilihan itu merupakan penghargaan terhadap keaktifan persatuan berkenaan dalam melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan di negeri ini.
Iklan
Iklan
Menurut beliau, Kelantan juga menjadi negeri yang mempunyai ahli persatuan paling ramai berbanding negeri lain di Malaysia.
“Pemilihan ini diharap dapat menyuntik semangat kepada semua ahli untuk terus memperkukuh persatuan serta menambah keahlian.
Iklan
“Walaupun sudah bersara, hubungan ukhuwah dalam kalangan bekas pendidik masih terus erat melalui pelbagai aktiviti kebajikan yang dilaksanakan dari semasa ke semasa,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Dwitahunan Ke-17 5PMCK di Pusat Transformasi Bukit Tiu di sini pada Sabtu.
Iklan
Menurut beliau, mesyuarat itu berjaya menghimpunkan kira-kira 150 perwakilan dari seluruh Kelantan sempena sambutan Hari Guru 2026 yang berlangsung baru-baru ini.
Dalam perkembangan sama, Ab Ghani berkata, barisan kepimpinan sedia ada dikekalkan bagi meneruskan agenda kebajikan dan pembangunan persatuan.
Jawatan Timbalan Yang Dipertua kini disandang bekas Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Muhamad Abd Wahab, yang baru bersara tahun lalu.
Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi FELCRA Berhad yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub.
Dalam ucapannya, beliau menyeru golongan pesara pendidik supaya terus membantu masyarakat, khususnya asnaf dan pelajar kurang berkemampuan, bagi memastikan tiada golongan tercicir dalam pendidikan.
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.