4 wanita maut diserang harimau

Iklan
Empat wanita maut diserang harimau ketika mengutip daun pokok tendu di kawasan hutan di Maharashtra, India pada Jumaat. Gambar hiasan

HYDERABAD - Empat wanita maut diserang harimau ketika mengutip daun pokok tendu di kawasan hutan di Maharashtra, India pada Jumaat.

Mereka adalah sebahagian daripada kumpulan wanita pengumpul daun yang diserang harimau itu di daerah Chandrapur, kira-kira 880 kilometer dari ibu negeri Mumbai, lapor media tempatan.

Iklan
Iklan

Daun tendu digunakan untuk membungkus tembakau dalam pembuatan bidi, sejenis rokok gulung tangan murah India.

Perniagaan pembuatan bidi mengupah kira-kira lima juta pekerja di seluruh negara dan lebih 70 peratus daripada mereka ialah wanita, menurut data rasmi.-Bernama

Iklan
Iklan