Kenaikan harga diesel tingkatkan kos pembinaan hingga 15 peratus - PKPM
Iklan
Kenaikan kos pembinaan turut menyebabkan harga rumah meningkat sekitar 10 hingga 15 peratus berbanding sebelum ini. Gambar hiasan
KOTA BHARU - Kenaikan harga diesel mula memberi kesan kepada industri pembinaan apabila kos bahan binaan meningkat antara 20 hingga 30 peratus ketika ini.
Presiden Persatuan Kontraktor Perumahan Malaysia (PKPM), Dr Muhsin Abdul Ghani berkata, keadaan itu, menyebabkan kos pembinaan meningkat sekitar 10 hingga 15 peratus, berbanding sebelum ini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, susulan itu, sebahagian pelanggan mengambil pendekatan berhati-hati termasuk menangguhkan rancangan membina rumah, kerana bimbang peningkatan kos semasa.
"Ada pelanggan panik dan tarik ‘hand brake’ (tangguh), namun ada juga yang masih positif dan meneruskan projek pembinaan. Apabila berlaku kenaikan harga, kebiasaannya harga tidak akan turun semula.
Iklan
"Kenaikan kos pembinaan turut menyebabkan harga rumah meningkat sekitar 10 hingga 15 peratus berbanding sebelum ini. Di Kelantan, rumah yang sebelum ini boleh dibina pada kos sekitar RM150 hingga RM160 bagi setiap kaki persegi, kini meningkat kepada RM170 hingga RM180 bagi setiap kaki persegi,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ekspo Bina Rumah 2026 anjuran PKPM, di sini hari ini.
"Di Kuala Lumpur pula, kos pembinaan rumah boleh mencecah antara RM250 hingga RM300 bagi setiap kaki persegi, menyebabkan penurunan jualan sekitar 30 hingga 50 peratus,” katanya.
Iklan
Muhsin berkata, pihaknya bimbang peningkatan kos itu membuka ruang kepada sindiket penipuan yang menawarkan harga rumah terlalu rendah dan tidak munasabah bagi menarik pembeli.
"Golongan penipu ini sangat pandai mempengaruhi pelanggan melalui promosi yang meyakinkan sehingga pembeli mudah terperdaya dengan tawaran rumah murah yang berisiko terbengkalai,” katanya.
Tambahnya, PKPM akan mencadangkan kepada kerajaan supaya pengecualian cukai pendapatan diberikan kepada individu yang membina rumah sebagai galakan kepada sektor pembinaan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Network School Forest City: Pas kemuka usul tergempar di Dewan Rakyat"><meta itemprop="description" content="Pas akan mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung projek Network School di Forest City, Johor susulan kebimbangan terhadap aspek kedaulatan negara, keselamatan data dan dakwaan kaitan projek itu dengan individu atau entiti yang dikaitkan dengan Israel.
Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, usul berkenaan telah dirangka oleh Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi dan akan diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul pada Selasa.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/787773/berita/nasional/network-school-forest-city-pas-kemuka-usul-tergempar-di-dewan-rakyat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #isunetworkschool #Pas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-14T09:14:57.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P206S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xap4gnu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xap4gnu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xap4gnu"></script>