[VIDEO] Bas ekspres bawa 17 penumpang tiba-tiba terbakar, terbabas

Iklan

MELAKA - Sebuah bas membawa 17 penumpang bas ekspres termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Kilometer 195.9 Lebuhraya PLUS arah selatan pada Khamis.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila tayar belakang bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor dipercayai terbakar sebelum kenderaan itu hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh pembahagi jalan.

Iklan
Iklan

Tinjauan di lokasi mendapati berlaku kesesakan lebih lima kilometer menghala selatan susulan sebahagian jalan terpaksa ditutup bagi operasi pemadaman.

Keadaan bas yang rentung.

Iklan

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Mohd Fadil Saidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada PLUS pada jam 3.04 petang sebelum tiba di lokasi kira-kira 22 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, didapati sebuah bas ekspres sedang terbakar dengan anggaran kemusnahan sekitar 80 peratus.

Iklan

Keadaan di lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, semua mangsa berjaya menyelamatkan diri dan tiada kecederaan dilaporkan,” katanya ditemui di lokasi kejadian.

Keadaan di lokasi kejadian.

Beliau berkata, kesemua penumpang telah dipindahkan ke bas lain yang disediakan pihak syarikat untuk meneruskan perjalanan ke destinasi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Fadil Saidin

“Keadaan lalu lintas ketika ini terkawal, tidak melibatkan kenderaan lain dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.