ISTANBUL - Israel memindahkan aktivis yang ditahan daripada flotila bantuan ke Gaza ke Pelabuhan Ashdod selepas menyerang dan memintas konvoi berkenaan di perairan antarabangsa, menurut kumpulan hak asasi manusia Adalah pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan, Adalah memaklumkan peserta Flotilla Sumud Global, termasuk"aktivis perpaduan antarabangsa, pembela hak asasi manusia dan sukarelawan perubatan," dibawa ke Pelabuhan Ashdod selepas"pemintasan tentera Israel yang menyalahi undang-undang."