Ibu tak sangka anak kerap ponteng sekolah jumpa lelaki pedofilia

Iklan
Tidak pernah terlintas di fikiran seorang ibu bahawa anak perempuan berusia 14 tahun yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, menjadi mangsa lelaki pedofilia. Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Tidak pernah terlintas di fikiran seorang ibu bahawa anak perempuan berusia 14 tahun yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang, menjadi mangsa lelaki pedofilia.

Kisah itu diceritakan seorang kakitangan kerajaan berhubung kes yang pernah dikendalikan beberapa tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, wanita dikenali sebagai Azrina, 40-an (bukan nama sebenar) tidak menyangka, anaknya berkenalan dengan seorang pekerja kilang, 20-an menerusi laman sosial.

"Perkara ini terbongkar apabila guru kelas maklumkan perkembangan anak yang kerap ponteng," katanya.

Iklan

Menurutnya, wanita itu bertambah kecewa apabila semakan ke atas telefon bimbit mangsa mendapati mereka pernah berjumpa selepas sesi sekolah.

Kes terbabit bagaimanapun diserahkan kepada pihak berkuasa manakala mangsa telah dipindahkan di tempat selamat.

Iklan