Hantavirus: Misi saintifik buru tikus pembawa strain Andes

Iklan
Perangkap akan dipasang di beberapa lokasi di pulau selatan Tierra del Fuego.

USHUAIA — Satu misi saintifik telah dilancarkan pada Isnin untuk mengesan spesies tikus yang menjadi pembawa Hantavirus selepas wabak itu menular di sebuah kapal persiaran setelah ia meninggalkan hujung selatan Argentina pada 1 April lalu.

Ahli biologi dari Buenos Aires akan memasang perangkap di beberapa lokasi di pulau selatan Tierra del Fuego untuk menganalisis sama ada tikus yang berjaya ditangkap pembawa strain Andes iaitu satu-satunya yang diketahui boleh merebak antara manusia.

Iklan
Iklan

Antara lokasi utama ialah Taman Negara Tierra del Fuego, kawasan seluas 70,000 hektar yang terdiri daripada hutan, tasik dan pergunungan, terletak kira-kira 15 kilometer dari Ushuaia.

Kematian pertama melibatkan seorang lelaki Belanda yang dipercayai telah menghabiskan masa selama 48 jam di bandar Ushuaia bersama isterinya yang turut meninggal dunia dua minggu kemudian sebelum menaiki kapal persiaran MV Hondius, sekali gus menimbulkan syak bahawa mereka mungkin dijangkiti virus itu di Argentina.

Iklan

Namun, pihak berkuasa wilayah dengan tegas menolak andaian tersebut. Mereka menegaskan bahawa wilayah Tierra del Fuego tidak pernah mencatatkan kes Hantavirus sejak pelaporan penyakit itu diwajibkan 30 tahun lalu, tidak seperti beberapa wilayah di utara seperti Rio Negro dan Chubut.

Para saintis tempatan masih berdebat sama ada tikus yang dikenal pasti di Tierra del Fuego itu ialah tikus ekor panjang (Oligoryzomys longicaudatus) atau satu subspesies iaitu tikus ekor panjang Magellan (Oligoryzomys magellanicus).

Iklan

Setakat ini, sebanyak 11 kes Hantavirus disahkan atau disyaki telah direkodkan setelah MV Hondius kini berlabuh di Rotterdam untuk proses nyahjangkit. - Agensi