Tujuh maut, 34 cedera dalam serangan gereja di selatan Jordan

Iklan
Sekumpulan lelaki bersenjata dilaporkan melepaskan tembakan di sebuah gereja di Hmoud, wilayah Karak, pada Jumaat.

AMMAN - Tujuh orang maut dan sekurang-kurangnya 34 lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah gereja di Hmoud, wilayah Karak, pada Jumaat.

Lelaki bersenjata yang identitinya belum dikenal pasti itu dilaporkan tiba dengan sebuah kereta sebelum memasuki gereja dan melepaskan tembakan, kemudian melarikan diri.

Iklan
Iklan

Dalam sidang media, Menteri Dalam Negeri, Mazen al-Faraya berkata, pihak berkuasa sedang berusaha mengesan dan menahan pelaku yang disifatkannya sebagai sekumpulan pelampau.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan tiga lelaki bersenjata berjalan dari jalan raya menuju ke gereja berkenaan.

Iklan

Dua daripada penyerang dilihat menuju ke laluan kenderaan untuk memasuki kawasan gereja sebelum berundur seketika dan kembali bersama seorang lagi lelaki, ketiga-tiganya kelihatan membawa pistol.

Rakaman berasingan yang dipercayai selepas serangan itu menunjukkan suasana kelam-kabut dengan beberapa mayat dan mangsa yang cedera terbaring di atas tanah.

Iklan

Saksi menggambarkan suasana panik di dalam gereja apabila orang ramai berlindung di bawah bangku gereja serta menjauhi tingkap bagi menyelamatkan diri.

Bacaan doa dan jeritan kedengaran di seluruh bangunan ketika beberapa individu cuba melarikan diri.

Seorang saksi, Khalid al-Mdanat yang berada di gereja itu memberitahu bahawa serangan berkenaan berlangsung kira-kira 15 minit.

"Orang ramai mula bertolak-tolakan dan menjatuhkan diri ke tanah.

"Ada yang berlindung, ada yang mendakap mangsa yang sudah meninggal dunia, manakala yang lain memeluk erat anak lelaki mereka. Ada juga yang menarik anak masing-masing untuk melarikan diri, sementara sebahagian lagi berpaut pada rakan yang bersama mereka di gereja itu," katanya.

Beliau berkata, lelaki bersenjata itu keluar melalui pintu gereja dan melarikan diri menggunakan sebuah trak pikap sambil terus melepaskan tembakan.