MetMalaysia keluar amaran ribut petir, hujan lebat dijangka landa beberapa negeri

Iklan
MetMalaysia keluar amaran hujan lebat sehingga 7 malam ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya serta 11 negeri hingga 7 malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, keadaan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perak yang melibatkan Kerian serta Larut, Matang dan Selama.

Iklan
Iklan

Di Terengganu, kawasan yang terlibat ialah Dungun dan Kemaman, manakala di Pahang membabitkan Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Amaran sama turut dikeluarkan di Selangor melibatkan Hulu Langat dan Sepang, sementara Johor membabitkan kawasan Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Iklan

Menurut Met Malaysia amaran sama dikeluarkan bagi beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Sibu, Mukah (Matu dan Dalat), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah, kawasan dijangka dilanda cuaca buruk itu ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan) dan Pantai Barat (Papar, Putatan dan Penampang). - Bernama

Iklan