KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau sedang bekerjasama rapat dengan pimpinan negara-negara sahabat bagi memastikan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis dibebaskan segera.
Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Anwar berkata, Malaysia mendesak agar kesemua aktivis yang terlibat tidak diberikan layanan buruk serta dizalimi.