Palestin mohon jadi anggota penuh PBB

Iklan

NEW YORK (PBB) - AMERIKA SYARIKAT. Palestin membida bagi mendapatkan keahlian penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), walaupun ia bakal dihalang oleh Amerika Syarikat (AS).

Ketika ini, Palestin tidak mempunyai status keahlian penuh, sebaliknya hanya sebagai negara pemerhati.

Iklan
Iklan

Menteri Luar Palestin, Riyad Al Maliki mengakui nakal berdepan ancaman dari AS berhubung perkara itu.

"Kami tahu, kami akan berdepan dengan undi veto Amerika Syarikat tetapi ia tidak akan menghalang kami daripada mengemukakan permohonan untuk memperoleh keahlian penuh,” katanya.

Iklan

Menurutnya, Palestin akan memulakan proses melobi ahli Majlis Keselamatan bagi mendapatkan sokongan terhadap permohonan kepada PBB itu dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Palestin pernah mengemukakan permohonan sama pada 2011, tetapi ia tidak pernah dibentangkan kepada Majlis Keselamatan untuk proses undian.

Iklan

Status keahlian penuh akan membolehkan negara Palestin mendapat sokongan dan pengiktirafan masyarakat antarabangsa.

Namun, sebarang permohonan untuk menjadi ahli penuh PBB perlu mendapat kelulusan Majlis Keselamatan, sebelum dirujuk kepada Perhimpunan Agung.

AS yang juga anggota tetap Majlis Keselamatan memiliki kuasa veto untuk menolak permohonan Palestin berkenaan. - AFP