Putin dijadual lawat China minggu depan

Iklan
Putin (kiri) mempunyai ikatan yang baik dengan Jinping. Foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Rusia, Vladimir Putin dijadual mengadakan lawatan ke Beijing minggu depan hanya beberapa hari selepas Presiden China, Xi Jinping menamatkan sidang berprofil tinggi bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Menurut sumber yang dipetik South China Morning Post, lawatan sehari itu dijangka berlangsung pada 20 Mei sebagai sebahagian daripada hubungan rutin antara Moscow dan Beijing.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, lawatan tersebut dijangka berlangsung dalam suasana sederhana tanpa sambutan besar-besaran atau perarakan rasmi.

Kunjungan Putin itu turut menjadi perhatian kerana ia kali pertama China menerima lawatan pemimpin AS dan Rusia dalam bulan yang sama di luar platform pelbagai hala.

Iklan
Iklan

Perkembangan tersebut dilihat mencerminkan usaha Beijing mengimbangi hubungan dengan kedua-dua kuasa besar dunia ketika landskap geopolitik global semakin berpecah.-Agensi