TUMPAT - Seorang pembantu kedai didenda RM3,800 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Rabu selepas mengaku bersalah memiliki senapang angin tanpa lesen, minggu lepas.
Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Syahmi Mat Ghoni, 24, dan memerintahkan hukuman penjara sembilan bulan jika gagal membayar denda itu.