Amaran ribut petir, hujan lebat di 8 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga 5 petang ini. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga 5 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah meliputi Langkawi) serta beberapa daerah di Perak iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Iklan
Iklan

Amaran sama turut melibatkan Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron dan Bentong selain Hulu Selangor di Selangor.

Di Johor, kawasan dijangka terjejas ialah Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Iklan

Sementara itu, di Sabah,kawasan terjejas ialah Pedalaman meliputi Keningau dan Tambunan), selain Pantai Barat, Tawau,Kinabatangan di Sandakan serta Kudat.

Di Sarawak pula, amaran dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit termasuk Song dan Kapit serta Tatau di Bintulu. - Bernama

Iklan