KUANTAN- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dihilang dihanyutkan arus ketika mencari kepah bersama bapa saudara di Kuala Sungai Endau, Kampung Tanjung Pahang, Rompin, Ahad lalu diteruskan pada Isnin.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, operasi mencari mangsa, Mohamad Nur Afzuar Abdullah pada hari kedua melibatkan 10 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin.