JKM kesan ibu, waris kanak-kanak perempuan ditinggalkan dalam kotak

Iklan
JKM Hulu Terengganu sedang mengesan waris kanak-kanak yang ditemukan orang awam dalam sebuah kotak di luar pagar sebuah rumah di Kampung Bukit Tok Bat, Hulu Terengganu pada Oktober 2023.

HULU TERENGGANU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Hulu Terengganu mengesan ibu kandung serta waris kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun satu bulan bagi melengkapkan proses maklum balas sebelum perintah pengangkatan diputuskan mahkamah.

​Sebelum ini, kanak-kanak itu ditemukan orang awam dalam sebuah kotak di luar pagar sebuah rumah di Kampung Bukit Tok Bat di sini kira-kira jam 4.50 petang pada 5 Oktober 2023.

Iklan
Iklan

​Ketika ditemukan, bayi berkenaan hanya beralaskan tuala bersama tali pusat yang sudah dipotong.

​Turut ditinggalkan bersama sebuah kotak lain yang mengandungi satu set pakaian bayi, sekotak tisu basah, sebotol minyak angin, dua lampin pakai buang serta sekeping nota dipercayai ditulis ibu kandungnya.

Iklan

​Orang awam kemudian membawa bayi berkenaan ke Balai Polis Kuala Berang untuk membuat laporan sebelum kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Hulu Terengganu dan seterusnya dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.

Kanak-kanak tersebut ditempatkan di bawah jagaan institusi JKM selama setahun dua hari sebelum perintah mahkamah dikeluarkan bagi membolehkan penjagaan diserahkan kepada Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS).

Iklan

Kanak-kanak berkenaan kini berada di bawah jagaan OYLS selepas mendapat perintah Mahkamah Majistret Hulu Terengganu mengikut Seksyen 30(1)(c) dan Subseksyen 30(8) Akta Kanak-Kanak 2001 pada 29 Januari 2024.

​Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali ibu kandung dan waris kanak-kanak berkenaan diminta menghubungi Pelindung JKM daerah Hulu Terengganu, Rusmiza menerusi talian 09-6811315.