KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di sembilan negeri hingga 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
MetMalaysia menerusi amaran pada 12 tengah tadi memaklumkan kawasan terlibat ialah Kedah iaitu Langkawi, Sik dan Baling; Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) manakala di Perak melibatkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang).