ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 11 orang termasuk wanita dan kanak-kanak maut dan lima lagi parah selepas sebuah van penumpang terjunam ke dalam gaung di wilayah Khyber Pakhtunkhwa di barat laut Pakistan, kata pegawai penyelamat tempatan pada Isnin, lapor Xinhua.
Kemalangan itu berlaku di daerah Swat di wilayah itu pada Ahad ketika van berkenaan dalam perjalanan dari pusat peranginan pelancong Malam Jabba ke Sair Telegram di laluan pergunungan, kata pegawai itu.