DAP Melaka cipta sejarah tubuh cawangan di kawasan majoriti Melayu
Iklan
Poay Tiong (duduk, tengah) pada pelancaran cawangan pertama DAP dalam kawasan majoriti Melayu di Kampung Padang Temu, Melaka.
MELAKA - DAP Melaka mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan cawangan pertama di Kampung Padang Temu Kini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang mempunyai majoriti pengundi Melayu.
Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, penubuhan cawangan tersebut membuktikan parti itu kini semakin diterima pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama.
Iklan
Iklan
Menurutnya, cawangan berkenaan turut disertai ahli daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan Portugis.
“Ini merupakan cawangan DAP pertama di kawasan majoriti pengundi Melayu melebihi 70 peratus dan lebih 80 peratus ahli terdiri daripada orang Melayu.
Iklan
“Cawangan ini juga bersifat berbilang kaum dan agama yang membuktikan politik khidmat dengan tema demokratik, adil dan peduli yang dibawa DAP diterima baik oleh setiap lapisan masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata, semua ahli baharu turut diingatkan supaya memberi khidmat berterusan kepada rakyat tanpa mengira masa demi kepentingan masyarakat secara keseluruhan.
Iklan
“Saya juga mengucapkan tahniah kepada semua jawatankuasa yang dipilih dan berharap mereka dapat menjalankan amanah dengan baik,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>