Gelombang biru 'tsunami' tekad Melayu
Iklan
Cadangan menghidupkan semula Barisan Alternatif tanpa DAP menjadi tumpuan dalam usaha memperkukuh sokongan Melayu. Gambar hiasan
CADANGAN menghidupkan semula Barisan Alternatif (BA) tanpa DAP bagi memperkukuh sokongan Melayu terhadap kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin dilihat sebagai talian hayat terakhir untuk menyelamatkan peluang Pakatan Harapan (PH) menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Namun, persoalannya sejauh mana formula politik yang pernah menyatukan pembangkang pada 1999 itu masih relevan dalam landskap politik hari ini, ketika sebahagian besar pengundi Melayu dilihat semakin cenderung kepada penyatuan politik UMNO dan Pas?