6 maut kereta jatuh gaung

Iklan
Kereta dinaiki mangsa terjatuh ke dalam gaung di negeri berbukit utara India, Himachal Pradesh.

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya enam orang maut dan empat lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terjatuh ke dalam gaung di negeri berbukit utara India, Himachal Pradesh pada Isnin, kata polis tempatan, lapor Xinhua.

Kejadian itu dilaporkan dari kawasan Chamba di Himachal Pradesh.

Iklan
Iklan

Kesemua mangsa berasal dari negeri barat Gujerat dan dalam percutian ke negeri itu.

Polis tempatan berkata, mangsa yang cedera berada dalam keadaan stabil. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan