Lelaki maut terkena renjatan elektrik di atas bumbung

Iklan
Mayat mangsa terkena renjatan elektrik diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik dalam kejadian di atas bumbung sebuah restoran di Karambunai, di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, mangsa yang belum diketahui identiti itu disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 2.16 petang.

Katanya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh 33 kilometer dari BBP Kota Kinabalu.

Iklan

"Menurut komander operasi terdapat seorang mangsa lelaki dilaporkan terkena renjatan elektrik di atas bumbung bangunan.

"Pasukan bomba bertindak menurunkan mangsa menggunakan pengusung dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan.

Iklan

Katanya lagi, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.