ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di wilayah Balochistan, barat daya Pakistan, kata pegawai pada Jumaat.
Kemalangan berlaku pada Khamis di daerah Jhal Magsi apabila bas berkenaan terbabas sebelum terbalik ke dalam sungai di sepanjang Lebuhraya M-8, kata seorang pegawai polis tempatan kepada Xinhua.