PH-BN selesai isu secara matang, tidak perlu ‘jaguh’ campur tangan
Iklan
Khoo Poay Tiong
MELAKA – Segala isu membabitkan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diselesaikan secara matang tanpa perlu campur tangan ‘budak’ atau ‘jaguh’ yang boleh mengeruhkan keadaan.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Khoo Poay Tiong berkata, di peringkat kepimpinan tertinggi PH dan BN, semua perkara dibincangkan, dipersetujui dan diselesaikan secara berhemah.
Iklan
Iklan
“Justeru, kita tidak memerlukan mana-mana ‘budak’ atau ‘jaguh’ untuk mengeruhkan keadaan.
“Umum mengetahui PH dan BN bukan gabungan asal, namun selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kedua-dua gabungan itu bersama parti lain termasuk dari Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan apabila tiada parti memperoleh majoriti mudah,” katanya menerusi kenyataan.
Iklan
Pengerusi DAP Melaka itu berkata, langkah itu juga selaras dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong bagi memastikan kestabilan politik negara melalui pembentukan kerajaan bersama.
Tambah beliau, sepanjang hampir empat tahun Kerajaan Perpaduan dibentuk, pelbagai cabaran telah dihadapi, namun terdapat juga manfaat, khususnya dari segi kestabilan politik dan ekonomi.
Iklan
“Adakah kerangka Kerajaan Perpaduan ini akan kekal? Perkara ini wajar ditentukan dalam pilihan raya berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat, bukannya melalui polemik di media sosial.
“Di pihak DAP, kami akan terus melaksanakan tanggungjawab menuntut reformasi dan memperjuangkan kepentingan rakyat selagi masih ada masa dan mandat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
 Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T07:39:43.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalavm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalavm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalavm2"></script>