Wanita warga asing maut jatuh tingkat 13
Iklan
Wanita warga asing ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 13 pangsapuri. Gambar hiasan
NILAI - Seorang wanita warga asing berusia 20-an ditemukan meninggal dunia dipercayai terjatuh dari tingkat 13 sebuah pangsapuri di Bandar Baru Nilai di sini jam1.51 pagi tadi.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai mengesahkan menerima maklumat kejadian kira-kira 1.30 pagi ketika sepasukan pegawai menjalankan serbuan berkaitan kesalahan narkotik di premis berkenaan.
Iklan
Iklan
"Semasa serbuan dijalankan wanita tersebut dipercayai bertindak melarikan diri melalui balkoni unit premis berkenaan, sebelum tergelincir dan jatuh dari tingkat 13 bangunan itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Alzafny berkata, susulan kejadian itu, unit rondaan bermotosikal (URB) IPD Nilai digerakkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Iklan
Beliau berkata, pasukan perubatan daripada Klinik Kesihatan Nilai tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat wanita itu dibawa ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.
"Hasil siasatan awal di lokasi mendapati tiada unsur jenayah dikesan setakat ini dan kes diklasifikasikan mati mengejut, bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mendapatkan rakaman percakapan saksi," katanya.
Iklan
Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menggangu siasatan pihak polis dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta membantu siasatan dengan menghubungi IPD Nilai atau balai polis berhampiran.- Bernama
Itulah sifat digambarkan Siti Zaiha Sungip, 39, kakak kepada Prebet Siti Khadijah Sungip, 24, yang terkorban dalam insiden letupan ketika menjalani latihan di Kem Hobart, Gurun pada Selasa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menurutnya, arwah menyertai tentera darat pada tahun lepas selepas tamat pengajian di pertingkat diploma Teknologi Kejuruteraan Awam, Institusi Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/784161/berita/semasa/arwah-sangat-kuat-dan-dianugerah-prajurit-muda-wanita-akademik-terbaik
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.