KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan enam negeri hingga 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca itu dijangka melanda Pahang melibatkan Rompin, Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan seluruh Melaka serta Johor.