10 gunung berapi paling aktif di dunia

Iklan
Kīlauea merupakan gunung berapi paling aktif dan terletak di Pulau Hawaii.

GUNUNG berapi ialah fenomena semula jadi yang bukan sahaja menakjubkan malah turut berpotensi membawa bahaya yang besar. Kebanyakan gunung berapi aktif tertumpu di kawasan Lingkaran Api Pasifik iaitu zon yang mempunyai aktiviti tektonik yang sangat tinggi. Di seluruh dunia, terdapat ratusan gunung berapi aktif, namun hanya sebahagian daripadanya dikategorikan sebagai paling aktif kerana kekerapan letusan dan aktiviti vulkanik berterusan.

1. Kīlauea (Hawaii, Amerika Syarikat)

Iklan
Iklan

Ia merupakan antara gunung berapi paling aktif dan terletak di Pulau Hawaii. Sejak 1983, gunung ini mengalami letusan secara berterusan dan menghasilkan aliran lava. Letusan pada 2018 sangat terkenal kerana memusnahkan ratusan rumah. Laharnya bersifat basaltik (lebih cair), menyebabkan ia mampu mengalir lebih jauh, namun kurang berintensiti tinggi.

2. Etna (Sicily, Itali)

Iklan

Etna (Sicily, Itali)

Gunung berapi terbesar dan paling aktif di Eropah. Aktiviti Etna direkodkan sejak lebih 2,700 tahun lalu. Letusannya kerap berlaku dalam bentuk semburan lava, abu dan gas. Walaupun letusannya kuat, penduduk masih tinggal berhampiran kerana tanah di sekitarnya sangat subur untuk aktiviti pertanian.

Iklan

3. Stromboli (Itali)

Ia terkenal dengan letusan kecil yang berlaku secara berkala, tetapi konsisten setiap beberapa minit hingga jam. Ia telah aktif selama lebih 2,000 tahun dan sering menjadi lokasi kajian saintifik serta tarikan pelancong.

4.Merapi (Indonesia)

Digelar sebagai gunung berapi paling berbahaya di dunia kerana lokasinya berhampiran kawasan berpopulasi padat seperti Yogyakarta. Ia kerap menghasilkan aliran piroklastik (awan panas) berisiko tinggi. Letusan kuat pada 2010 menyebabkan ratusan kematian.

5. Sakurajima (Jepun)

Terletak berhampiran bandar Kagoshima, Sakurajima dan merekodkan ratusan letusan kecil setiap tahun serta sering memuntahkan abu ke udara. Letusan dahsyat pada tahun 1914 merupakan yang paling kuat di Jepun pada abad ke-20, menghasilkan aliran lava besar yang menghubungkan pulau ini dengan tanah besar. Letusan itu turut disertai gempa bumi dan aliran piroklastik yang meragut puluhan nyawa.

6. Popocatepetl (Mexico)

Popocatepetl (Mexico)

Nama gunung ini bermaksud 'gunung berasap' dalam bahasa Nahuatl. Ia sering mengeluarkan asap, abu dan menghasilkan letusan kecil sejak aktif semula pada 1994. Kedudukannya berhampiran Mexico City menjadikannya sangat berisiko kepada jutaan penduduk.

7. Nyiragongo (Republik Demokratik Congo)

Ia terkenal kerana mempunyai salah sebuah tasik lava terbesar di dunia. Laharnya sangat cair dan boleh mengalir dengan sangat pantas, menjadikannya amat berbahaya. Letusan pada 2002 memusnahkan sebahagian besar bandar Goma.

8. Vesuvius (Itali)

Gunung ini terkenal dengan letusan dahsyat pada tahun 79 Masihi yang memusnahkan bandar Pompeii dalam sekelip mata. Walaupun tidak meletus sejak 1944, ia masih dianggap aktif dan sangat berbahaya kerana jutaan penduduk mendiami kawasan sekitarnya.

9. Yasur (Vanuatu)

Yasur (Vanuatu)

Gunung berapi Mount Yasur terletak di Pulau Tanna dan dikenali sebagai antara gunung berapi paling mudah diakses di dunia kerana pengunjung boleh meneroka hampir ke kawasan kawahnya dengan pengawasan keselamatan. Ia menghasilkan letusan kecil, tetapi sangat kerap yang berlaku setiap beberapa minit.

10. Erta Ale (Ethiopia)

Erta Ale (Ethiopia)

Gunung berapi ini terletak di kawasan Afar yang terpencil dan paling kering. Ia terkenal sebagai 'gunung berapi dengan mata bumi yang terbuka' kerana mempunyai tasik lava kekal, satu fenomena yang sangat jarang ditemui di dunia. Keunikan Erta Ale menjadi lokasi penting dalam kajian geologi dan menjadi bahan penyelidikan bagaimana magma bergerak di bawah kerak bumi.