MAIPs sentiasa minta laporan aktiviti penerima zakat - Mufti Perlis

Iklan
Laporan Sinar Harian dan Mohd Asri (kiri)

KANGAR - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sentiasa meminta laporan aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) penerima zakat bagi memastikan dana disalurkan mengikut tujuan ditetapkan.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bagaimanapun menjelaskan, pentadbiran zakat di negeri itu bukan berada bawah Jabatan Mufti, sebaliknya kuasa meluluskan agihan zakat terletak sepenuhnya kepada MAIPs.

Iklan
Iklan

Menurutnya, NGO terlibat bukan bertindak sebagai ejen atau wakil MAIPs untuk mengutip mahupun mengedarkan zakat, sebaliknya merupakan penerima zakat di bawah kategori asnaf fi sabilillah berdasarkan aktiviti dakwah dan pendidikan yang dijalankan.

"Berdasarkan maklumat MAIPs, mereka menerima zakat atas cadangan pembayar setelah disemak kelayakan mereka. MAIPS (berdasarkan maklumat yang disampaikan kepada Mufti) sentiasa meminta laporan aktiviti mereka.

Iklan

"Setelah wang zakat diberikan untuk aktiviti mereka, maka pengurusan dalaman NGO itu bawah pengurusan kepimpinan mereka," katanya.

Beliau turut menjelaskan, MAIPs sendiri menerima sijil audit bersih saban tahun sebagai bukti pengurusan institusi itu mematuhi prosedur yang ditetapkan.

Iklan

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pemimpin kanan NGO kerana disyaki menyeleweng dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki menjelaskan kes itu tidak membabitkan sumber daripada mana-mana institusi zakat di negara ini sebaliknya dipercayai diseleweng daripada sumbangan yang diberikan pelbagai pihak dan sumber kepada pertubuhan berkenaan.