Pencapaian 84 peratus manifesto Kelantan bukan gimik politik - Exco
Iklan
Mohd Asri
KOTA BHARU – Pencapaian 84 peratus manifesto Kelantan bukan semata-mata gimik politik, sebaliknya dinilai berdasarkan kaedah pemantauan yang tersusun dan berskala standard.
Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud berkata, penilaian itu dibuat oleh Unit Pemantauan dan Pelaksanaan Strategik (SPARK), Pejabat Menteri Besar Kelantan yang diberi tanggungjawab memantau serta menilai pelaksanaan setiap janji manifesto.
Iklan
Iklan
Beliau yang juga Ketua Penerangan Pas Kelantan menjelaskan, manifesto kerajaan negeri dirangka untuk tempoh lima tahun hingga 2028, namun pencapaian semasa diukur dalam separuh penggal pertama pentadbiran iaitu bermula September 2023 hingga Januari lalu.
“Penilaian dibuat berdasarkan 96 program di bawah 18 tawaran manifesto dengan setiap satu diukur mengikut skala pelaksanaan yang jelas.
Iklan
“Skala yang digunakan adalah standard iaitu sifar peratus bermaksud belum bermula, manakala 1 hingga 49 peratus pada peringkat penyediaan awal, 51 hingga 70 peratus rundingan, 71 hingga 89 peratus pelaksanaan dan 90 hingga 100 peratus bagi program yang siap sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas angka tersebut dipersoalkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Mohd Syahbuddin Hashim (Barisan Nasional).
Iklan
Mohd Asri berkata, berdasarkan penilaian tersebut, sebahagian besar program berada dalam fasa pelaksanaan aktif atau sudah siap, manakala hanya sebilangan kecil masih belum dimulakan.
“Sehingga kini, terdapat 11 program yang masih belum dilaksanakan, namun usaha sedang dipergiatkan bagi memastikan kesemua tawaran manifesto dapat disempurnakan sebelum tamat tempoh penggal pentadbiran,” ujarnya.
Beliau turut menegaskan bahawa pendedahan pencapaian kepada umum bukan bertujuan meraih publisiti sebaliknya sebagai langkah ketelusan serta peringatan kepada semua portfolio kerajaan negeri supaya terus mempercepatkan pelaksanaan janji kepada rakyat.
“Ini juga menjadi mekanisme semakan dalaman supaya kami tahu tahap sudah dicapai dan yang masih perlu dipercepatkan,” katanya.
Dalam masa sama, beliau menambah kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan yang tidak dimasukkan dalam manifesto, namun memberi manfaat langsung kepada rakyat.
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.