Pembangkang rujuk Arafat ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak isu Sanusi
Iklan
Muhamad Arafat dan Muhammad Faisal (kanan)
IPOH – Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak telah mengemukakan satu usul bagi merujuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak.
Usul tersebut dikemukakan oleh ADUN Trong, Muhammad Faisal Abdul Rahman kepada Pejabat Speaker DUN Perak di bawah Peraturan Mesyuarat 40(1) serta 40(3)(a) dan (b) Perintah Tetap DUN Perak Darul Ridzuan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tindakan itu dibuat susulan kenyataan dikeluarkan oleh Muhamad Arafat dalam persidangan DUN pada 16 April lalu yang didakwa mengelirukan dewan serta bersifat sangkaan buruk.
Katanya, berdasarkan draf Penyata Rasmi (Hansard) bertarikh 16 April 2026, ADUN Hulu Kinta didakwa mengaitkan isu ketirisan dengan pentadbiran kerajaan negeri Kedah serta menggesa Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor meletakkan jawatan.
Iklan
"Kenyataan tersebut tidak berasas dan bersifat fitnah kerana tiada bukti dikemukakan ketika diminta menjelaskan bentuk ketirisan yang dimaksudkan.
"Ketika diminta penjelasan, beliau (Muhamad Arafat) hanya merujuk kepada defisit dan laporan audit tanpa mengemukakan bukti khusus berhubung dakwaan ketirisan tersebut,” katanya dalam usul berkenaan.
Iklan
Tambahnya, kenyataan itu juga didakwa menimbulkan sangkaan buruk terhadap Menteri Besar Kedah selain berpotensi mengelirukan dewan.
Sehubungan itu, beliau berpandangan ADUN Hulu Kinta perlu dipertanggungjawabkan terhadap kenyataan yang dibuat selaras dengan Perintah Tetap 40(3)(a).
Pada 16 April lalu, DUN Perak kecoh apabila Muhamad Arafat membuat perbandingan dari segi kutipan hasil serta pelaburan di antara Perak dan Kedah.
Tiga lagi individu termasuk Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menerima surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan memutar belit kenyataannya berkaitan isu sejarah yang tular baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Muhammad Sanusi berkata, selain Kor Ming, dua lagi individu terbabit ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Skudai, Marina Ibrahim dan individu dikenali sebagai Salim Abd Rahman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790763/berita/politik/sanusi-hantar-tiga-lagi-lod-kor-ming-antara-penerima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sanusihantartigalod #isudakwaanputarbelitfakta