KUANTAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan dukacita serta simpati kepada mangsa kebakaran Kampung Bahagia di Batu Sapi, Sandakan, Sabah.
Baginda berdua menerusi hantaran di Facebook Kesultanan Pahang pada Isnin turut mendoakan agar mereka terlibat diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudah segala urusan dalam menghadapi ujian berat itu.