ISFAHAN - Gabenor Wilayah Isfahan berkata, sepasukan pakar undang-undang akan memfailkan aduan kepada organisasi antarabangsa berhubung kerosakan yang dialami oleh beberapa tapak bersejarah di wilayah itu semasa serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Bercakap sempena ‘Hari Monumen dan Tapak Antarabangsa’, Mehdi Jamali Nejad mengulangi kepentingan memelihara bangunan bersejarah dan tapak purba.