GAZA/TEL AVIV - Dua pemandu kontrak agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) di Semenanjung Gaza maut akibat bedilan Israel pada Jumaat, meskipun gencatan senjata sedang berkuat kuasa, lapor agensi berita Jerman dpa.
"UNICEF amat berang dengan pembunuhan ini," kata agensi itu dalam satu kenyataan. Menurut UNICEF, kedua-dua mangsa ketika itu sedang berusaha membekalkan air bersih kepada penduduk di pusat pengisian air Mansoura di utara Gaza.