Amaran ribut petir, hujan lebat, angin kencang di tujuh negeri - MetMalaysia

Iklan
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri hingga 1 tengah Jumaat. 

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, negeri yang dijangka terjejas ialah Perak (Bagan Datuk dan Hilir Perak), Pahang (Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang), Negeri Sembilan (Port Dickson).

Iklan
Iklan

Turut terjejas Melaka, Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian) serta Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Samarahan dan Sri Aman. - Bernama